
Adalah lumrah bagi ibu-ibu yang hamil menghadapi masalah gemuk selepas bersalin. Selepas melahirkan, kebanyakan ibu risau jika tidak dapat mengembalikan berat badan asal seperti sebelum mengandung. Penambahan berat badan antara 10 hingga 13 kg sepanjang mengandung tentu sahaja mengambil masa yang lama untuk “diturunkan” semula. Namun, para ibu tidak harus gusar. Ketahui cara semulajadi untuk kurus selepas bersalin.