KURUS SELEPAS BERSALIN

By IBU DAN ANAKNo Comments

Adalah lumrah bagi ibu-ibu yang hamil menghadapi masalah gemuk selepas bersalin.  Selepas melahirkan, kebanyakan ibu risau jika tidak dapat mengembalikan berat badan asal seperti sebelum mengandung. Penambahan berat badan antara 10 hingga 13 kg sepanjang mengandung tentu sahaja mengambil masa yang lama untuk “diturunkan” semula. Namun, para ibu tidak harus gusar. Ketahui cara semulajadi untuk kurus selepas bersalin.

Read More

susu kurang dalam pantang, cara tambah susu, MPS Pharmacy

ANDA IBU YANG MENYUSU? BERKUALITIKAH MAKANAN SEHARIAN ANDA?

By IBU DAN ANAKNo Comments

Tahukah anda makanan yang tidak berkualiti boleh menjejaskan penyusuan?

Kebanyakan ibu sangat menitikberatkan pemakanan semasa hamil.
Akan tetapi, kurang mengambil berat pemakanan semasa tempoh penyusuan.

Penting untuk ibu-ibu:

 “Pantang” makanan-makanan yang boleh memudaratkan bayi seperti makanan pedas, masam, & minuman berkafein.

 Memastikan diet harian mengandungi zat-zat seimbang untuk melancarkan penyusuan anda.

Read More

Breastfeeding is a learned process; None of us (not even the Baby) are born knowing how to do it

DEAR MOTHERS

MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK MENCEGAH DAN MERAWAT DIABETIS (KENCING MANIS)

By PEMAKANAN SIHAT & SUPLEMENNo Comments

Galian-galian penting untuk Pesakit Diabetis

Banyak sekali kajian-kajian ke atas pesakit kencing manis yang melaporkan bahawa pesakit diabetis, menggunakan dan mengumuhkan galian-galian pada keadaan yang berbeza daripada orang lain. Apabila tahap glukos dalam darah meningkat, pesakit akan kencing dengan kerap dan banyak(isipadu). Ini menyebabkan kehilangan galian-galian penting (vital) dari badan, antaranya ialah Magnesium, Zink, dan Kalium.

Zink adalah sangat penting dalam mengawal glukos dalam darah dan tindakan insulin. Zink diperlukan dalam pembentukan insulin itu sendiri. Kehilangan kalium, K, mengakibatkan kelemahan otot-otot terutamanya otot jantung.
Galian-galian seperti Chromium dan Vanadium memiliki kesan istimewa ke atas kawalan glukos dalam darah disamping membantu mengawal berat badan dan menurunkan tahap kolestrol dalam darah. Setiap orang mesti faham bahawa galian-galian membantu banyak tindakbalas kimia dalam badan. Justeru, kekurangan galian menggugat pelbagai sistem badan, antaranya jantung, otak dan sistem penghadaman.
Read More

GALIAN DAN TEKANAN DARAH TINGGI

By Kesihatan KardiovaskularNo Comments

Tekanan darah adalah secara langsung dikawal dan dipengaruhi oleh kalsium, magnesium,kalium dan natrium Di sekeliling dinding dalam arteri (salur darah) adalah lapisan otot. Otot dinding ini berupaya relaks atau mengecut.

Apabila ia mengecut, tekanan darah naik. Ini adalah tindakbalas biasa kepada stress atau tekanan kerana proses ini membantu mengeluarkan glukos dari darah ke dalam sel-sel. Walaubagaimanapun, jika tindakbalas ini berlarutan atau jika arteri darah berkenaan telah separa tersumbat, ia mungkin mengakibatkan tekanan darah akan tinggi.
Jika tersumbat sepenuhnya, akan mengakibatkan serangan jantung atau strok. Keadaan tegangan arteri ini dikawal oleh perbezaan elektrikal dikenali juga sebagai perbezaan elektrolitik galian dalam dan luar dinding sel otot.

Galian-galian yang merelakskan arteri adalah kalsium, magnesium, dan kalium, manakala natrium mengecutkannya.
Read More

MAKANAN YANG PERLU DIBUANG DALAM DIET HARIAN

By UncategorizedNo Comments

Makanan yang perlu dibuang daripada diet harian: 

  • Sirap jagung
  • Gula; sukros
  • Snek yang mengandungi lemak-trans atau sirap jagung fruktos
  • Gorengan tenggelam suhu-tinggi (deep-fried food)
  • Sup dan sos berkrim
  • Makanan yang diproses seperti hotdog atau makanan beku lemak-tinggi
  • Cookies, kek bijirin sarapan yang penuh gula.

 

Makanan yang perlu ditambah ke dalam diet harian:

  • Sayur segar
  • Daging merah
  • Air dan minuman yang tidak dimaniskan umpama teh hijau dan koko
  • Kuih-muih buatan sendiri yang tidak ditambah gula
  • Buah-buahan segar
  • Lemak monotaktepu seperti minyak kelapa, zaitun dan kekacang
  • Roti ‘wholegrain’, nasi beras perang dan serat

Diet tidak perlu terlalu ketat, tidak perlu menggunakan perbelanjaan yang tinggi dan tidak perlu masyhur hingga perlu tersenarai di Senarai Bestseller. Ia hanya perlu mudah diikuti setiap hari. Pilihan-pilihan yang menepati keutamaan dan gaya hidup kita. Dalam kata lain, diet harian yang mampu diikuti sepanjang hayat.

 

 

jantung sihat, magnesium, kejang otot

Keistimewaan Magnesium

By UncategorizedNo Comments

Berikut adalah beberapa fakta mengenai keistimewaan magnesium:

Magnesium meransang 76 peratus enzim-enzim dalam badan.

Magnesium sangat berguna dalam mencegah pembentukan batu di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

Dalam keadaan stress, lebih banyak magnesium diperlukan.  Defisiensi magnesium boleh mengakibatkan keterujaan-melampau (hyper excitability), hilang ketenagan (nervouness), keliru dan menjadi sukar menyesuaikan diri dengan pekerjaan harian yang biasa. Orang-orang yang mengalami gangguan perasaan (irritability) dan cenderung membunuh-diri menunjukkan kandungan magnesium yang rendah dalam darah mereka.

Jika seseorang mengambil diuretik (bahan untuk membuang air berlebihan dalam badan atau merawat darah tinggi), beliau perlu memastikan pengambilan magnesium yang mencukupi. Tambahan kalium biasanya turut diperlukan. Ini kerana ubat diuretik bukan sahaja menyingkirkan air berlebihan, malah magnesium dan kalium juga.

Lebih banyak protin yang anda makan, lebih banyak magnesium yang anda perlukan. Apabila lebihan kalsium diambil, lebih tinggi keperluan bagi magnesium.

Magnesium merupakan elemen yang sangat penting di dalam warna hijau dalam tumbuhan, klorofil.

Magnesium ialah salah satu nutrien yang diperlukan bagi menurunkan berat badan. Magnesium membantu penggunaan lemak dalam diet.

 

Tumbesaran manusia bergantung pada tahap magnesium. Lebih kurang 70 % magnesium di dalam badan terdapat pada sistem skeletal (tulang). Sekurang-kurangnya setengah magnesium dalam badan terkombinasi dengan kalsium dan fosforus dalam tulang. Bakinya terdapat di dalam otot, sel darah merah dan tisu-tisu lain dalam badan.

Gejala-gejala seperti lemah, kejang kaki, cemas dan keliru dengan mudah dikurangkan/ dirawat dengan magnesium.

Read More

SUSU IBU KURANG, SUSU IBU KURANG DALAM PANTANG,MPS Pharmacy

SUSU IBU KURANG DALAM PANTANG?

By IBU DAN ANAKNo Comments

TIPS MENAMBAH SUSU BADAN SEMULAJADI.

Pengalaman saya semasa berpantang dulu,
bidan saya masukkan 1 labu bawang putih
yang telah dibersihkan ke dalam periuk nasi
semasa memasak nasi.

Biarkan bawang putih tu masak bersama dengan nasi.
Bila dah masak, bawang putih tu rasa macam ubi kentang rebus je.
Tak ada rasa cengih. Senang untuk dimakan.

Inilah yang saya amalkan sepanjang berpantang untuk memastikan
bekalan susu sentiasa banyak.

1 labu bawang putih semasa makan tengah hari.
1 labu lagi semasa makan malam.
Kalau dah habis pantang pun, tak salah nak amalkan petua ni..

Selamat Mencuba!