Berikut adalah beberapa fakta mengenai keistimewaan magnesium:
Magnesium meransang 76 peratus enzim-enzim dalam badan.
Magnesium sangat berguna dalam mencegah pembentukan batu di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.
Dalam keadaan stress, lebih banyak magnesium diperlukan. Defisiensi magnesium boleh mengakibatkan keterujaan-melampau (hyper excitability), hilang ketenagan (nervouness), keliru dan menjadi sukar menyesuaikan diri dengan pekerjaan harian yang biasa. Orang-orang yang mengalami gangguan perasaan (irritability) dan cenderung membunuh-diri menunjukkan kandungan magnesium yang rendah dalam darah mereka.
Jika seseorang mengambil diuretik (bahan untuk membuang air berlebihan dalam badan atau merawat darah tinggi), beliau perlu memastikan pengambilan magnesium yang mencukupi. Tambahan kalium biasanya turut diperlukan. Ini kerana ubat diuretik bukan sahaja menyingkirkan air berlebihan, malah magnesium dan kalium juga.
Lebih banyak protin yang anda makan, lebih banyak magnesium yang anda perlukan. Apabila lebihan kalsium diambil, lebih tinggi keperluan bagi magnesium.
Magnesium merupakan elemen yang sangat penting di dalam warna hijau dalam tumbuhan, klorofil.
Magnesium ialah salah satu nutrien yang diperlukan bagi menurunkan berat badan. Magnesium membantu penggunaan lemak dalam diet.
Tumbesaran manusia bergantung pada tahap magnesium. Lebih kurang 70 % magnesium di dalam badan terdapat pada sistem skeletal (tulang). Sekurang-kurangnya setengah magnesium dalam badan terkombinasi dengan kalsium dan fosforus dalam tulang. Bakinya terdapat di dalam otot, sel darah merah dan tisu-tisu lain dalam badan.
Gejala-gejala seperti lemah, kejang kaki, cemas dan keliru dengan mudah dikurangkan/ dirawat dengan magnesium.
Read More