Adalah lumrah bagi ibu-ibu yang hamil menghadapi masalah gemuk selepas bersalin.  Selepas melahirkan, kebanyakan ibu risau jika tidak dapat mengembalikan berat badan asal seperti sebelum mengandung. Penambahan berat badan antara 10 hingga 13 kg sepanjang mengandung tentu sahaja mengambil masa yang lama untuk “diturunkan” semula. Namun, para ibu tidak harus gusar. Ketahui cara semulajadi untuk kurus selepas bersalin.

Tahukah anda, dengan hanya menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun, anda mampu mengambalikan bentuk badan asal anda. Menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan.

Bayi memerlukan antara 300 hingga 500 kalori setiap hari. Simpanan lemak yang ada pada badan ibu akan dibakar untuk menghasilkan susu, bagi memenuhi keperluan kalori bayi ini. Setiap oz susu yang dihasilkan akan membakar 20 kalori daripada badan ibu. Semakin banyak ibu menyusu atau mengepam susu, semakin banyak kalori yang akan hilang daripada badan si ibu.

Oleh itu, jangan sesekali melepaskan peluang menyusukan anak. Selain dapat memberikan nutrisi terbaik untuk bayi, badan juga dapat dikuruskan dengan efektif. Rugilah jika tidak menyusu anak melainkan ada masalah kesihatan yang menghalang. Jika susu kering sekalipun, banyak cara yang boleh digunakan untuk mengembalikan bekalan susu. Teruskan mengepam untuk merangsang penghasilan susu sambil membakar kalori. Jika anda perlukan bantuan suplemen untuk memperbanyakkan susu badan, bolehlah mendapatkan LACTAFLOW MILK BOOSTER dari KEDAI ONLINE kami. Ia diperkaya dengan bahan-bahan laktogenik yang membantu penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

http://www.mpspharmacy.com/product/lactaflow/

Dapatkan Informasi Kesihatan Percuma
Langgan sekarang

Leave a Reply