Tekanan darah adalah secara langsung dikawal dan dipengaruhi oleh kalsium, magnesium,kalium dan natrium Di sekeliling dinding dalam arteri (salur darah) adalah lapisan otot. Otot dinding ini berupaya relaks atau mengecut.
Apabila ia mengecut, tekanan darah naik. Ini adalah tindakbalas biasa kepada stress atau tekanan kerana proses ini membantu mengeluarkan glukos dari darah ke dalam sel-sel. Walaubagaimanapun, jika tindakbalas ini berlarutan atau jika arteri darah berkenaan telah separa tersumbat, ia mungkin mengakibatkan tekanan darah akan tinggi.
Jika tersumbat sepenuhnya, akan mengakibatkan serangan jantung atau strok. Keadaan tegangan arteri ini dikawal oleh perbezaan elektrikal dikenali juga sebagai perbezaan elektrolitik galian dalam dan luar dinding sel otot.
Galian-galian yang merelakskan arteri adalah kalsium, magnesium, dan kalium, manakala natrium mengecutkannya.
Jika ketiga-tiga kalsium, magnesium dan kalium diberikan berasingan, mereka menurunkan tekanan darah dengan signifikan. Kesan penurunan yang sama juga dapat dilihat dengan mengelakkan pengambilan natrium (garam).
Sememangnya kesan setiap satu galian adalah kurang dibandingkan dengan ubat-ubat darah tinggi. Bagaimanapun, jika pengambilan kalsium, magnesium dan kalium ditingkatkan bersama-sama dengan mengelakkan pengambilan garam natrium, tekanan darah akan menurun dengan dramatik dalam beberapa hari sahaja. Kesannya hampir sama dengan ubat tetapi tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.
Natrium mudah dielakkan dengan tidak menambah garam dalam makanan dan tidak memakan makanan yang telah digaramkan. Sumber-sumber kalsium dan magnesium terdiri dari bijirin (bijan dan biji bunga matahari) dan kekacang (badam) sementara buah-buahan kaya dengan kalium. Susu lembu walaupun mengandungi kalsium yang tinggi adalah sumber magnesium yang terlalu rendah.
Diantara ketiga-tiga galian ini, magnesium adalah yang selalu tidak mencukupi dalam diet harian. Oleh itu, mengambil supplemen kalsium dan magnesium 500mg setiap satu amat digalakkan sekiranya seseorang mengidap penyakit darah tinggi. Magnesium juga membantu jantung berfungsi pada tahap optimal dan dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung.
Rujukan:
MAHADI BIN ARIFIN, RPh 747