Berikut adalah beberapa fakta mengenai keistimewaan magnesium:

Magnesium meransang 76 peratus enzim-enzim dalam badan.

Magnesium sangat berguna dalam mencegah pembentukan batu di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

Dalam keadaan stress, lebih banyak magnesium diperlukan.  Defisiensi magnesium boleh mengakibatkan keterujaan-melampau (hyper excitability), hilang ketenagan (nervouness), keliru dan menjadi sukar menyesuaikan diri dengan pekerjaan harian yang biasa. Orang-orang yang mengalami gangguan perasaan (irritability) dan cenderung membunuh-diri menunjukkan kandungan magnesium yang rendah dalam darah mereka.

Jika seseorang mengambil diuretik (bahan untuk membuang air berlebihan dalam badan atau merawat darah tinggi), beliau perlu memastikan pengambilan magnesium yang mencukupi. Tambahan kalium biasanya turut diperlukan. Ini kerana ubat diuretik bukan sahaja menyingkirkan air berlebihan, malah magnesium dan kalium juga.

Lebih banyak protin yang anda makan, lebih banyak magnesium yang anda perlukan. Apabila lebihan kalsium diambil, lebih tinggi keperluan bagi magnesium.

Magnesium merupakan elemen yang sangat penting di dalam warna hijau dalam tumbuhan, klorofil.

Magnesium ialah salah satu nutrien yang diperlukan bagi menurunkan berat badan. Magnesium membantu penggunaan lemak dalam diet.

 

Tumbesaran manusia bergantung pada tahap magnesium. Lebih kurang 70 % magnesium di dalam badan terdapat pada sistem skeletal (tulang). Sekurang-kurangnya setengah magnesium dalam badan terkombinasi dengan kalsium dan fosforus dalam tulang. Bakinya terdapat di dalam otot, sel darah merah dan tisu-tisu lain dalam badan.

Gejala-gejala seperti lemah, kejang kaki, cemas dan keliru dengan mudah dikurangkan/ dirawat dengan magnesium.

Defisiensi magnesium berlaku dalam diabetes. Tanpa magnesium yang mencukupi, seseorang tidak dapat mengawal kelenjar adrenal (di buah pinggang), dan keadaan ini akan mengakibatkan diabetes

Nadi yang yang laju, ‘flutters’ atau degupan lumba atau biasa dipanggil arrhythmias, biasanya hilang dengan memberikan 500 mg magnesium sitrat atau aspartat; sekali atau 2 kali sehari. Kesannya akan lebih cepat jika diberikan secara intravenus (suntikan).

 

Keperluan optimal harian untuk kanak-kanak berat 20 kg ialah 0.25 g( 1 kg ialah 1000 g, bersamaan 2.2046 lb). kanak-kanak seberat 20 kg akan sama beratnya 44.09 lb, dan bagi orang dewasa yang 70 kg akan memerlukan 0,35 g.

dos yang disarankan sehari adalah antara 200 hingga 300 mg untuk lelaki dan 300 mg bagi perempuan, walaupun keperluan spesifik adalah bergantung pada saiz badan.

 

Reaksi kimia magnesium adalah bersifat alkali dan dengan demikian ia mengawasi keseimbangan asid-alkali badan

 

Magnesium menolong membuka jalan bagi pergerakan nutrien masuk dan keluar sel dan dengan demikian mempengaruhi hayat/ kehidupan. ia juga mengawal metabolisma lemak, protin dan kanji (kabohidrat) menghasilkan tahap nutrisi yang ‘normal’.

Penyelidik-penyelidik Jepun telah menjumpai bahawa magnesium melegakan serangan asma; mereka memberikan magnesium secara intravenous bagi serangan akut dan secara oral (makan) bagi pencegahan asthma.

Magnesium memastikan kekuatan dan kemampatan tulang-tulang dan menguatkan gigi. Pengambilan magnesium yang mencukupi membalikkan asiditi, aliran darah yang lemah dan ketidakteraturan kelenjar ekelenjar. Kanak-kanak yang kekurangan magnesium kebiasaannya berfikiran lembab.

Dapatkan Informasi Kesihatan Percuma
Langgan sekarang

Leave a Reply