TIPS MENAMBAH SUSU BADAN SEMULAJADI.

Pengalaman saya semasa berpantang dulu,
bidan saya masukkan 1 labu bawang putih
yang telah dibersihkan ke dalam periuk nasi
semasa memasak nasi.

Biarkan bawang putih tu masak bersama dengan nasi.
Bila dah masak, bawang putih tu rasa macam ubi kentang rebus je.
Tak ada rasa cengih. Senang untuk dimakan.

Inilah yang saya amalkan sepanjang berpantang untuk memastikan
bekalan susu sentiasa banyak.

1 labu bawang putih semasa makan tengah hari.
1 labu lagi semasa makan malam.
Kalau dah habis pantang pun, tak salah nak amalkan petua ni..

Selamat Mencuba!

Dapatkan Informasi Kesihatan Percuma
Langgan sekarang

Leave a Reply